29 Nov 2011

Kuih Puteri ayu



Bahan-bahan ( kuih puteri Ayu )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.


4 ulasan:

Cik Anita berkata...

seumur hidup tak pernah buat kuih ni! tapi suka makan aje... hehe

Aida78 berkata...

Cik Anita try lah buat senang jerk sis pun suke makan jugak ..hik3 nak makan baru buat...

anitadiana berkata...

kenapa pic kabur aje....izat cakap kalu tak nak bekas tu melekat.. masa mula2 tusapu minyak sikit dulu lepas tu kukus..senang nak kuarkan..sedap2..

Aida78 berkata...

ala maklg pakai hp jerk ambik gambo...tahu bekas aku ok jerk mak punya bekas jek x jadi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...