Erti
Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada
waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber
air di padang pasir.
Dan
apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah
sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan
Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah;
Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah
kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat
menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW,
“Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik
dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab
yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya
bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,
pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala
macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati
dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada
bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa
sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa
Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan
Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu
adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam
memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan
Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang
menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan
tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir
Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala
tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada
Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada
tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir
dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada
Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat,
maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di
dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat Diriwayatkan
dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah
S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan
Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."