1 Mac 2012

Kongsi


ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum wbt

‘Ya Allah, rahmatilah penerima email ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki penerima email ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.



Terhapus Semua Dosa Apabila Memeluk Islam
Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith:

Daripada  Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.”


Huraian Hadith:


1.       Wajib bertaubat daripada dosa walau sebesar mana pun dosa itu dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah.

2.       Dosa yang paling besar ialah kufur kepada Allah.

3.      Apabila seorang kafir memeluk Islam maka dosanya yang sebelum itu dengan sendirinya diampunkan  Allah, kerana Islam itu bererti taubat daripada dosa kufur atau syirik dan lain-lainnya.

4.       Orang kafir yang telah membunuh tentera Islam diterima taubatnya jika bertaubat dan berpeluang pula mati syahid.

  


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (albaqarah-286)
                                                                                           
Kepada semua penerima email, mohon maafkan segala salah silap saya dan isteri dan kedua ibu bapa saya.
Ya Allah, kami mohon kepadaMu, Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil, Masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu X3, Jauhilah mereka dari api nerakaMu X3, temukanlah mereka di dalam syurga FirdausMu, muliakanlah mereka, bahagiakanlah mereka dan YaAllah, tempatkanlah mereka di tempat yang paling mulia disisiMu.


Allahummansuril islam wal muslimin,
Allahummansuril Mujahidin fi Palestine
Allahummansuril Mujahidin fi kullimakan wafi kullizaman  
Wa azilla assyirkawal mushrikin  
Wa dammir a’daa aka a’daa addin  
Hasbunallah wa nikmal wakil
Allahhu akhbar X3
Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.
Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...