13 Okt 2011

Kek kukus pelangi



semalam cuti sbb jaga anak yang sakit demam so x da apa nak buat terajin la pulak dok try buat kek apam kukus pelangi ni.apa lagi yang demam terus makan kek ni....cuba try pasti sedap hik3 dah licin dah kek ni x sempat nak simpan untuk esoknya.

APAM PELANGI
Resepi

Bahan:- (akak buat - 1 loyang bulat 7 in dan 1 loyang 5 in x 5 in )

  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna (akak guna warna trafik light..hehehe)

Caranya:

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis
  6. dan kukus 30 minit sehingga masak.
  7. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

6 ulasan:

Cik Anita berkata...

kek ni sedappp! mak cuma buat time raya jerr.. tapi saya tak pernah nak buat..hehe

Cik Da berkata...

nita try le memg sedap x sempat nak simpang bagi kak ita pon cikit je dia dapat..apa lagi kak dah bagi resepi nita try le...nanti bagi sis rase ikikiki....

aizamia3 berkata...

buatkan untuk ai boleh..?

Cik Da berkata...

hik3....mood dapur ttp sementara mood nak g kursus la minggu ni...

PinKy MoMMa berkata...

kak kite amik resepi eh..kalau rajin maka terhasil la huhu..kalau tak..tengok jer kek kamu yg gorjez itu ;p

Cik Da berkata...

miss pinky ambik le kalu jadi post pix yerk....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...